Tuesday, 22 November 2011

STRATEGI MENGARANG


## STRATEGI KEMAHIRAN MENGARANG UNTUK KELAS PEMULIHAN ##

1.    Menulis ayat mudah.
ü  Meminta murid menyalin ayat mudah.
ü  Meminta murid menulis tentang diri secara ringkas.
Contoh        : Nama saya Amir.

2.    Menulis karangan berpandukan gambar.
ü  Gambar tunggal.
ü  Gambar bersiri.

3.    Langkah-langkah  pengajaran :
a)    Minta murid bina satu ayat mudah.
~ menggabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
~ membina ayat berdasarkan soalan yang diberi.

b)    Menulis karangan terkawal.
~ mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
~ menyusun ayat mengikut urutan sehingga menjadi ayat yang lengkap.
~ memadankan ayat.
~ menggantikan perkataan.

c)    Menulis karangan berpandu.
~ menulis semula petikan cerita.
~ memindahkan karangan berbentuk dialog kepada karangan berbentuk cerita.
~ menyudahkan cerita.
~ menulis semula cerita yang di dengar.


ASAS MENGARANG


**Peringkat pengajaran mengarang**
1.    Pra mengarang.
( cara untuk mengembangkan idea)
~ berbincang menentukan format.
~membuat peta minda.
~menentukan watak.
~menyaring bahan.
~menulis draf.

2.    Semasa mengarang.
~ menentukan format.
~transformasi perancanngan kepada bentuk karangan.
~ambil kira aspek tatabahasa seperti ejaan, tandabaca, wacana dan lain-lain.

3.    Pasca mengarang.
~ menyemak karangan.
~ melakukan pembetulan.
~ buat penambahan jika perlu.
~ hantar karangan.

KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA


Keupayaan anak-anak untuk membaca adalah amat penting seawal usia 6 tahun.Jika anak-anak masih lagi tidak dapat membaca atau pun mengenal abjad apabila berada di Tahun 1, perhatian serius perlu diambil. Ini adalah kerana mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Usaha tenaga dari ibu bapa dan guru adalah amat penting. Di sini saya kongsikan sedikit kaedah yang boleh digunakan untuk membantu anak-anak  menguasai kemahiran membaca.

~KAEDAH ABJAD~

1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.


~KAEDAH SUKU KATA~

1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)



~KAEDAH PANDANG SEBUT~

1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.


~KAEDAH FONIK~

1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan sebagainya.


~KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA~

1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.
2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.
4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.


Rujukan
Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.